Followers

Sunday, February 6, 2011


TAJUK
SEJARAH SEORANG TOKOH AGAMA DI KARIAH ANDA.

DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH  CTU553

DISEDIAKAN  OLEH:
NOR HASLIZA BINTI MAT ANI
NO MATRIX:2010645032
KUMPULAN:BMB2AC

PROGRAM:
IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN(PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)
FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN(BM223)

TARIKH HANTAR:
02 MARCH 2011





               USTAZ HAJI ABDULLAH BIN HARUN
                                       (IMAM MASJID KG LANA BULU)



ISI  KANDUNGAN

  • PENGHARGAAN
  • ABSTRAK
  • PENDAHULUAN
  • SUMBANGAN DAN JASA TOKOH
  • PENGALAMAN TOKOH
  • PENUTUP
  • RUJUKAN
  • LAMPIRAN      



                   PENGHARGAAN
Assalammualaikum…………
Bismillahhirohmanirohhim.Bersyukur saya kepada Allah Subahanahuwataala atas limpah rahmat  dan kurniaanya dapat juga  saya siapkan kerja kursus ctu ini.Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus  ini,terutamanya tokoh yang telah saya temuramah.
      Seterusnya, tidak lupa juga pada mak dan ayah yang turut memberi sokongan serta membantu dalam mencari maklumat tentang tokoh agama di kawasan saya ini.Selain itu, ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada ustaz yang mengajar subjek ctu ini kerana tanpa tugasan daripada  beliau kerja kursus sebegini tidak dapat di hasilkan.Dalam tugasan yang beliau berikan ini, ia serba sedikit dapat menjalinkan hubungan yang baik dalam masyarakat sekeliling serta dapat mengeratkan lagi ikatan sillatulrahim sesama masyarakat setempat,bahkan ia juga dapat menonjolkan semangat kejiranan dalam kehidupan bermasyarakat.
        Selaras dengan firman Allah s.w.t dalam AI-Quran surah al-Hujuraat: 13,yang bermaksud:

Terjemahan:Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan ,dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,supaya kamu berkenal-kenalan(dan beramah mesra antara satu (Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu,(bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)” .(surah al –Hujaraat:13).


                       ABSTRAK

   Proses sejarah lisan melibatkan individu yang menceritakan peristiwa kepada penemuramah yang menemuramah berkenaan kisah hidup seseorang tokoh serta sumbangan dan jasa beliau kepada masyarakat sekeliling.Menurut kamus dewan edisi ketiga halaman 1208,sejarah membawa maksud asal usul,keturunan ataupun salasilah.
    Di Malaysia,sejarah lisan digunakan sebagai sumber sejarah untuk menulis biografi dan sumbangan tokoh-tokoh terkenal di negara ini.Sebaliknya kajian terhadap tokoh-tokoh di kariah masing-masing kurang dititikberatkan walaupun mereka turut memberi sumbangan yang besar dalam pelbagai aspek dan bidang yang diceburi.Merujuk kamus dewan edisi ketiga juga,tokoh dapat didefinisikan sebagai rupa atau keadaan yang tampak pada zahirnya,bentuk dan sifatnya.
    Di dalam bidang keagamaan terdapat banyak tokoh agama yang boleh dijadikan tokoh seperti Dato Sri Hassan Bin Azahari,Datuk Noh Bin Gadut,Dato’Sheikh Badaruddin Bin Hj. Ahmad dan ramai lagi tokoh agama yang disegani serta dihormati di Malaysia.Ramai juga tokoh dalam bidang agama setempat atau kariah tertentu yang menyumbang bakti dan khidmat mereka kepada masyarakat secara dekat mahupun secara terus iaitu seperti pegawai agama dan imam yang mana banyak memberi sumbangan tetapi tidak dikenali ramai kecuali masyarakat setempat.
    Pada cuti pertengahan sem baru-baru ini,saya telah membuat kajian tentang sejarah tokoh agama di kariah saya yang mana beliau banyak menyumbang bakti ke arah menyatukan umat islam dan menyusun program keagamaan di kariah saya.Tokoh agama yang dimaksudkan ialah Tuan Imam Ustaz Abdullah b.Harun.Beliau merupakan imam bagi kariah Kg Lana Bulu dan merupakan pegawai agama yang dilantik oleh majlis agama untuk memantau hal-hal yang berkaitan dengan agama serta sebagai tempat rujukan masyarakat setempat.



                   PENDAHULUAN
   Pada tanggal 5 September 1947,lahirnya seorang cahaya mata yang menjadi sinar kepada masyarakat setempat pada hari ini.Beliau yang dimaksudkan adalah Tuan Haji Abdullah Bin Harun.Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Huma,Mukim Padang Hang,Alor Setar,Kedah Darul Aman.Beliau mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Huma dari darjah satu hingga darjah lima sahaja.
      Setelah beliau menamatkan pendidikan di sekolah rendah,beliau kemudian  menyambung pelajarannya ke sekolah pondok di Tanjung Bedil bagi mendalami ilmu agama yang amat diminati oleh beliau.Dengan mendapat dorongan daripada banyak pihak terutamanya ibubapa dan keluarga,ia menguatkan lagi azam beliau untuk belajar bersungguh-sungguh semasa di sana.Beliau berada di sana selama tiga tahun iaitu dari tahun 1964 hinggalah 1967.Di sana beliau banyak mempelajari tentang selok belok agama serta mendalami bidang al-quran dan tajwid.Selepas tamat pengajian  di sana,beliau kembali pulang ke kampung halamannya .
       Selepas setahun berada di tempat kelahirannya,beliau bertemu jodoh dengan isterinya iaitu Hajah Siti Hawa Binti Kasa yang merupakan pilihan keluarga beliau.Pada 18 Mac 1968,beliau dan isterinya telah melangsungkan perkahwinan dan berkat daripada perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan enam cahaya mata,empat perempuan dan dua lelaki.


        SUMBANGAN DAN JASA TOKOH
   Beliau memulakan kerjaya sebagai guru al-Quran bermula dari rumah,kemudian beliau dilantik sebagai guru al-Quran dan tajwid serta sebagai guru Kafa di sekolah pada tahun 1976.Beliau mula berkhidmat sebagai guru Kafa di Sekolah Tok Kepak  sehingga tahun 2005 sahaja.Pada tahun 2006, beliau telah ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Dato Sri Syed Ahmad Lana Bulu yang mana sekolah tersebut merupakan sekolah terakhir beliau mengajar sebelum bersara.Pada bulan September 2006, beliau telah bersara secara rasmi dari perkhidmatannya sebagai seorang guru Kafa pada usia 56 tahun.
     Beliau juga merupakan guru yang bergiat aktif dalam pelbagai acara seperti tilawah al-Quran,berzanji dan marhaban.Selain itu,beliau mempunyai sebuah kumpulan marhaban yang dikenali sebagai kumpulan Nurul Ehsan yang terdiri daripada guru-guru Kafa lelaki.
      Di dalam bidang tilawah al-Quran,beliau merupakan qari serta sering mewakili daerah Kubang Pasu dalam pertandingan tilawah al-Quran yang dianjurkan.Berkat kesungguhan beliau dalam pertandingan tersebut,beliau pernah menjadi johan tiga kali berturut-turut di dalam pertandingan tilawah al-Quran tersebut.
      Beliau seorang yang penyabar dan bersikap bertanggungjawab.Beliau juga seorang yang sangat mencintai al-quran serta dikenali sebagai qari dalam bidang al-Quran yang hebat sehingga beliau dilantik menjadi hakim daerah dan negeri dibawah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman pada tahun 2005 hinggalah hari ini.
        Pada 27 April 2005,beliau telah dianugerahkan sebagai tokoh Maulidul Rasul Daerah Kubang Pasu sebagai guru cemerlang yang sangat aktif dan berkebolehan serta berbakat.Minat beliau di dalam bidang al-Quran sangat terserlah berkat dorongan dan sokongan yang sangat kuat dari keluarga dan pihak lain.
         Di atas minat yang mendalam tersebut,beliau telah mendidik dan berjaya melahirkan ramai qari dari peringkat sekolah rendah mahupun menengah yang kebanyakkannya menyandang johan di peringkat negeri seperti Johan PKG,Johan Kafa dan Johan Qari peringkat negeri bagi sekolah menengah.
     Di kampung pula beliau telah dilantik menjadi AJK(ahli jawatankuasa) Masjid Lana Bulu,kemudian beliau dinaikkan pangkat ke jawatan bilal masjid pada tahun 1996.Beliau mula menyandang jawatan sebagai imam Masjid Lana Bulu pada 21 Oktober 2008 bagi menggantikan tempat imam masjid lama yang telah meninggal dunia.
       Selain menjadi imam di Masjid Lana Bulu,beliau juga mengajar secara suka rela dalam bidang al-Quran kerana bagi beliau al-Quran,tajwid dan taranum merupakan jiwa dan nadinya yang amat dicintai.Beliau berkhidmat sebagai guru suka rela atas minat dan rasa tanggungjawab dalam membantu masyarakat yang mahu mengenali dan mendalami ilmu al-Quran.Di samping itu,beliau juga membuka kelas al-Qurannya di surau Manggol Bongor,Masjid Al-Rahman Kerpan,surau Kampung Lana Bulu dan turut mengajar di sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah Melele.
      Selain itu,beliau juga bertanggungjawab menguruskan segala yang berkaitan dengan perkahwinan di Kampung Lana Bulu.Antaranya seperti majlis akad nikah,penceraian,pertunangan dan sebagainya yang berkaitan dengan perkahwinan.



                    PENGALAMAN TOKOH
    Beliau pernah berguru dengan ramai guru untuk mendalami lagi bidang al-Quran seperti Ustaz Abdul Ghoni B.Abdullah(johan tilawah peringkat kebangsaan),Ustaz Khalid B.Hassan dan Ustaz Hj.Nawawi B.Ahmad.Pelbagai cabaran dan dugaan yang telah dilalui oleh beliau untuk mencapai tahap seperti sekarang.Namun,bagi beliau setiap dugaan yang dilalui menguatkan lagi iltizamnya  untuk belajar dan menjadi tenaga pengajar kepada orang ramai dalam bidang al-Quran khususnya.
    Kadang-kadang waktu bersama keluarga juga turut diguna bagi melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai seorang imam,apabila beliau dikejutkan pada waktu yang agak lewat malam dengan kes-kes yang berkaitan dengan perkahwinan dan sebagainya.Oleh kerana beliau seorang yang penyabar dan bertanggungjawab,beliau menjalankan tugasnya dengan hati yang ikhlas.
      Sebagai seorang imam,beliau bukan sahaja perlu memantau perkembangan masjid sahaja malah seluruh anggota masyarakat di dalam Kampung Lana Bulu kerana setiap perkara yang berkaitan dengan  agama perlu dititikberatkan olehnya.Tugas sebagai imam menurut beliau adalah satu tugas yang mencabar kerana memerlukan kekuatan dari segi kesabaran untuk memantau aktiviti dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tugas beliau sebagai imam bagi semua golongan,baik golongon muda mahupun tua.
      Dalam membentuk umat islam yang sentiasa hidup berpandukan ajaran islam,beliau banyak menganjurkan program berunsurkan keagamaan seperti ceramah Maulidul Rasul,ceramah perdana dan sebagainya.Program sebegini dapat menarik minat golongan muda dan tua untuk mengikutinya.

        Bagaimanapun memang dituntut agar dibentuk sekumpulan orang yang khusus bertugas untuk berdahwah(Ali Imran:104,Al-Taubat:122)tanpa mengetepikan peranan pihak-pihak lain yang dapat bertugas secara‘sambilan’,seumpama Imam Abu Hanifah yang di samping berniaga adalah juga turut  giat mengajar ilmu.

Terjemahan:Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam),dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang  baik,serta melarang daripada Segala Yang salah(buruk dan keji).dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang Berjaya.(Surah Ali Imran:104)
        Akhir sekali,beliau berharap agar al-Quran dapat dijadikan sebagai  pegangan hidup bagi setiap umat islam serta sebagai panduan dalam kehidupan harian untuk mengelakkan diri daripada terjerumus ke kancah kemaksiatan dan kesesatan dalam kehidupan.Ini kerana,kita sebagai manusia biasa tidak akan lari dari diuji oleh Allah S.W.T.Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.Sebagai hampa Allah kita patut menerima setiap apa yang sudah ditakdirkan dengan penuh kesabaran dan hati yang ikhlas.



                              PENUTUP
     Kesimpulannya,kajian mengenai sejarah tokoh ini amat perlu supaya kita dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang sejarah hidup seorang tokoh agama yang banyak menabur bakti kepada masyarakat  samaada secara tersurat mahupun tersirat.
     Bagi saya Tuan Haji Abdullah Bin Harun merupakan tokoh agama yang patut dan layak mendapat pujian diatas segala usaha dan jasa beliau dalam memartabatkan al-Quran dan sebagainya.
    Beliau juga seorang yang amanah.Amanah bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya iaitu bersesuaian dengan firman Allah s.w.t dalam surah Nisa:58,
      
 Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya),dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia,(Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil.Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu.Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar,lagi sentiasa Melihat .(surah al-Nisa :58).

     Selain itu,beliau juga merupakan seorang imam yang berkaliber dalam kerjaya pendidikan walaupun telah bersara kerana beliau berpendapat ilmu tidak akan pernah mati.Oleh kerana itu, tuntutlah ilmu seperti makna pepatah arab ada mengatakan“tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahat”.Ilmu yang kita ada perlulah sentiasa diamal kerana tanpa mengamalnya kita ibarat seperti pokok yang hidup tetapi tiada bunga dan buahnya.
      Perlantikan sebagai imam merupakan suatu kewajipan yang terpenting dan tidak boleh dipertikaikan kerana seorang  imam mempunyai tugas yang berat dalam masyarakat.Ketokohan sebagai seorang  imam dan guru agama merupakan bidang tugas yang masih memerlukan pelapis untuk membangunkan kariah ataupun tempat yang penuh dengan masyarakat pada hari ini.Jika dalam sesebuah kariah tersebut tanpa pemimpin seperti tokoh agama ini,ia ibarat seperti kapal yang belayar tanpa nahkodahnya.Sesungguhnya apa yang dicipta oleh Allah S.W.T adalah yang terbaik untuk semua, bahkan Allah S.W.T menjadikan semua itu tanpa mengharapkan sesuatu.Segala ciptaan Tuhan di alam semesta ini telah ditetapkan dengan garis panduan dan kanun yang tersendiri.Syariat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. merupakan garis panduan yang mesti diikuti agar keamanan dan kemakmuran dapat dinikmati sepenuhnya tanpa ganggu.


                   RUJUKAN
1-http://abdazizharjin.blogsport.com
2-Kamus Dewan Edisi Ketiga
3-Ustaz Haji Abdullah Bin Harun
4-Seturiah Binti Mat(Ibu saya)
5-Mat Ani Bin Hassan(Ayah saya)
6- Modul pembelajaran(kursus pemikiran dan tamadun islam,ctu151)



                                             
                         LAMPIRAN

                                             TUAN HAJI ABDULLAH BIN HARUN
                                                (IMAM MASJID KG LANA BULU)


                                   Sedang membuat persiapan untuk majlis angkat nikah
                                                          
                            Sedang menunggu bakal pengantin yang akan beliau nikahkan


        Sedang memberi penerangan kepada pengantin perempuan sebelum acara angkat nikah


                      

                  Memberi keterangan kepada pengantin lelaki sebelum acara angkat nikah





                                               Berlangsungnya majlis angkat nikah

                                               Di kawasan masjid Kampung Lana Bulu





                       Carta organisasi pegawai dan jawatankuasa masjid Kg. Lana Bulu



          Tokoh Guru Kafa daerah Kubang Pasu sempena majlis sambutan  Maulidur Rasul pada  27  April 2005



                                                  Pelantikan bilal masjid 9 Julai 1996



                                       Pelantikan sebagai guru agama pada tahun 1976



                                                                     Piala pusingan